Thursday 17 January 2008

Kisah 3

Telefon bimbit Hayati berbunyi berkali-kali. Hayati hanya merenung dari jauh tanpa mahu mengangkatnya. Dia masih berbaring di sofa di ruang tamu rumah sewanya di Kampung Paya Dalam. Dia hanya mematikan diri dan cuba memejamkan matanya. Tapi peristiwa siang tadi masih bermain di benak mindanya. Telefon berdering lagi, dia hanya memandang saja. Tidak tergerak di fikirannya untuk mengangkat panggilan tersebut. Fikirannya begitu buntu dan jasadnya bagai dihempap batu besar yang menjadikan tubuhnya gagal berfungsi. Hanya kerlipan kelopak mata saja yang mampu bergerak. Terngaiang-ngiang kata-kata kesat Hisham yang terhambur kepadanya tadi. Kata-kata itu seperti dimainkan berkali-kali dalam kotak memorinya. Dia cuba memejam kan mata lagi, kali ini hanya air jernih mengalir lesu di celah-celah kelopak matanya...lesu.

Sunday 13 January 2008

Hujan


Hujan agak lebat malam itu. Saiful masih merenung jauh di jendela kaca di rumah teres di Lemington Close. Di hadapan rumahnya terdapat sebuah kedai kecil yang masih belum tutup. Walaupun hari sudah gelap, namun jam di dinding masih menunjukkan pukul lima petang. Musim dingin menjadikan siang hari menjadi singkat mana kala malam pula panjang. Dari jendela itu di lihatnya terdapat beberapa orang berbaju hujan masuk dan keluar dari kedai tersebut membeli barangan keperluan. Saiful, masih di situ. Merenung kosong dari jendela rumah sewanya. Kedinginan makin terasa walaupun pemanas di pasang. Dia membetulkan jaket yang dipakainya sambil meninggalkan jendela tadi lalu duduk di meja mula mengetuk papan kekunci komputer ribanya. Dia menekan surat masuk melalui email nya. Terdapat lima surat masuk tertulis di situ. Dia menekan lagi. Tertera di skrin nama pengirim 'Aida'. Dia terus menekan untuk membuka e-surat itu.


"Assallamualaikum,

Tolong, jangan ganggu aku lagi, aku dah bosan. Selamat tinggal"


Saiful menutup terus komputer ribanya lalu bergegas bangun dan mencapai jaket yang tersangkut di balik pintu lalu mencapai kunci kereta yang terletak di atas meja. Dia berlari menuruni tangga lalu menuju ke keretanya dan mula memandu laju. Kereta Proton personanya meluncur laju meninggalkan Lamington Close menuju ke Almond Avenue.

Dedaun Mapel


Angin dingin menampar-nampar ke pipi. Suasana di 'Muslim Goslow Cemetery' agak sunyi. Sesekali kedengaran bunyi ayat-ayat suci di baca perlahan. Tanah di perkuburan itu agak lembab, kerana hujan turun agak lebat malam tadi. Daun-daun mapel kekuningan gugur perlahan ke bumi, seolah mengerti perasaan Atiqah yang sugul di sisi kubur suami. Ainin dan Aina turut bersama ibu, mengumat ngamit mulut kecilnya, seolah-olah turut mendoakan Si ayah. Atiqah menuang air mawar ke kuburan itu sambil diperhati oleh dua pasang mata Si kembarnya. Masing-masing berbaju kurung biru siap bertudung renda putih sesuai untuk si kecil yang masih berusia empat tahun. Setelah agak lama merenung kuburan itu, Atiqah menyapu air mata yang bersisa di pipi dengan tudung hitam yang di pakainya. Dia bangun lalu memimpin anak kembarnya ke kereta. Anak-anak itu menurut saja tanpa sebarang bantahan. Angin dingin bertiup lagi, kali ini menerbangkan lebih banyak daun-daun kering, dahan-dahan mapel tinggal ranting yang tidak berdaun. Musim mula bertukar, kedinginan semakin menggigit.