Thursday 17 January 2008

Kisah 3

Telefon bimbit Hayati berbunyi berkali-kali. Hayati hanya merenung dari jauh tanpa mahu mengangkatnya. Dia masih berbaring di sofa di ruang tamu rumah sewanya di Kampung Paya Dalam. Dia hanya mematikan diri dan cuba memejamkan matanya. Tapi peristiwa siang tadi masih bermain di benak mindanya. Telefon berdering lagi, dia hanya memandang saja. Tidak tergerak di fikirannya untuk mengangkat panggilan tersebut. Fikirannya begitu buntu dan jasadnya bagai dihempap batu besar yang menjadikan tubuhnya gagal berfungsi. Hanya kerlipan kelopak mata saja yang mampu bergerak. Terngaiang-ngiang kata-kata kesat Hisham yang terhambur kepadanya tadi. Kata-kata itu seperti dimainkan berkali-kali dalam kotak memorinya. Dia cuba memejam kan mata lagi, kali ini hanya air jernih mengalir lesu di celah-celah kelopak matanya...lesu.

No comments: