Friday 8 May 2009

Itik

Anak itik putih itu terkedek-kedek mengekori ibunya yang agak jauh meninggalkannya. Dia beberapa kali tesembam ke tanah bila kakinya tersandung batu-batu yang banyak di situ. Suara ibunya yang agak riuh menyuruhnya cepat, menjadikan dia semakin laju mengejar. Apabila ibunya berhenti, anak itik tadi turut berhenti. "kemana ibu nak pergi ni?", anak itik itu menjerit kecil sambil nafasnya tercungap-cungap kepenatan.

Ibu itik hanya diam. Kepalanya di toleh ke kiri dan ke kanan mencari arah yang betul. Anak itik hanya memerhati Sang ibu dengan kehairanan. Ibu itik yang agak cemas, meneruskan perjalanannya dengan memusingkan badannya ke kanan. Anak itik hanya mengikut saja, walaupun dia masih tidak tahu ke mana arah ibunya itu.

Setelah letih berjalan, akhirnya ibu itik berhenti di tepi sebuah tasik. Kelihatan sekujur tubuh seekor itik besar terbaring di situ tidak bergerak. Ibu itik menghamburkan air matanya keluar deras sambil menolak tubuh itu dengan muncungnya. Anak itik hanya memerhati gelagat ibunya. Matanya terkebil-kebil dan dia cuba menghampiri tubuh itik yang terbaring tadi. Dia terlihat tompok hitam di kepala itik itu yang sama dengan tompok hitam yang dimilikinya. Barulah dia faham kenapa ibunya menangis. Dia turut menangis....

Sunday 8 March 2009

Kampung


Haruman nasi lemak dari dapur menusuk hidung Akmal, membuatkan matanya yang tadinya mengantuk menjadi segar. Digosok-gosoknya mata yang tadinya melekat dan di kuisnya selimut tipisnya ke tepi. Dia kemudiannya menguap luas sambil meregangkan tangannya ke atas. Kakinya melangkak ke arah tingkap dan dikuaknya daun tingkap kayu itu luas-luas. Udara segar menerpa masuk ke ruangan biliknya yang kusam.

Di luar jendela kelihatan beberapa ekor ayam sedang mengais-gais tanah mencari makanan diikuti oleh anak-anak ayam yang bercericip bunyinya.
"Ah... indahnya alam ini, getus hatinya. Aku sangat rindu akan suasana begini, jauh dari hiruk pikuk kota yang memeningkan kepala".
Di sedutnya panjang-panjang udara segar itu sebelum melepasnya perlahan-perlahan.

Akmal kemudiannya mencapai tuala, sebelum beredar ke bilik air untuk membersihkan dirinya...

Wednesday 26 November 2008

Pulang

Titisan salji memutih di halaman rumah. Suhu di luar mencecah -2 darjah. Namun kehangatan bilik Noreen belum cukup memanaskan tubuh kecil moleknya. Dia menarik erat baju bulu yang terlekat rapi di tubuhnya. Sejuk. Memang sejuk cuaca pagi itu. Noreen merapatkan dirinya ke pemanas yang melekat di dinding bilik tidurnya itu.

Noreen membuka beg pakaiannya dan memasukkan beberapa helai baju kegemarannya ke dalam beg bagasi berwarna biru gelap di hadapannya. Dia tidak menyangka sudah sampai masanya dia akan pulang ke tanahair setelah tiga tahun merantau di negara orang. Di lipatnya sehelai baju kurung berbunga kecil dan mencium baju tersebut , lalu memasukkan ke dalam beg. Baju itu adalah teman tidurnya, selepas ibunya di panggil ilahi. Baju kesayangan ibunya yang dipakai sewaktu ibu menziarahinya di sini.

Noreen mengeluh lalu menutup semula beg itu. Berat rasa hati hendak pulang kerana tiada ibu yang akan menyambutnya pulang. Ayah... sudah lama tiada. Yang ada cuma adik beradik dan saudara mara di kampung. Mereka lah yang akan menyambutnya pulang...

Monday 18 August 2008

River



Today was a nice day. I woke up early and went to carboot sale at Leamington Spa, with friends. So many thing that attract me there. I bought a pair of shoes which just cost me 2 pound. It's still new in box. The owner just don't want it. I also bought many books there. Most of them was hard cover, which expensive when we buy new from shops but I got it just 50 pence each. What a bargain..!!

After a long day shopping, now I got a time to continued my story...

I just staring at the boy who was shivering and still in shock near the river bank. He just saved by the villages when he was nearly drown. I am so afraid at that time when I saw that boy carried by his dad and I though that he was dead. Thank goodness that he still alive. I was standing near by my sister and bagging her to go home. I saw the current are really rough and water level was high. Our plan to go swimming need to cancel. Ah...what a day.. After we reached home, I just keep quiet. My sister told my mum what had happen at the river bank. My mum warned us not to go near the river any more. The incident made me scared to swim again..

Saturday 26 July 2008

Childhood


I felt very tired. I woke up about half past three to pray Fajr and after that I can't sleep. The weather was hot. No fan or air- conditioner to chill the house .. I jumped out of my bed and sat on my table. The computer was still 'on'. Ahh.. I better do something useful. So I decided to continue my story. Mmm.. the story about my childhood.

The rain still poring out side the house. I was standing near the window staring every drop of water that fall from the zinc roof. It's so noisy when the drop of rain knocking the zinc. I hope the rain will stop because we planed to go swimming with our friends. We often go swimming in the river that situated not far from home. After a while, the rain stopped. I hope my mum still allowed us to go there even I knew that the water level will rise after rain.

I left the house with my second sister called Acik. Our little brother Aluk and little sister Ella was not allowed because my mum said It dangerous for them to go. I felt very happy that my mum trust me although I am just six years old at that time. We took about five minute to reach the river. so many people there. And I heard some one crying hysterically. I felt my leg shaking and my heart beating... Ohhh My God!!

Friday 25 July 2008

Memories


I'm still sitting on my old couch. Thinking to write something in my blog. Although in summer the weather is not warm. Most of the day are raining, cloudy and windy. But today is much better. The sun shine since morning and it's good for doing laundry .... It's saved your penny when you not using tumble dryer. I'm still sitting comfortably in the same old couch. Ahh.. what I gonna write in this blog?? My mind still thinking. Mmm... How about the story of my home town or my schoolmate?? ..ahh I think it's better to write a story about my childhood..How do I start??. Mmm... Let me start with this.

I was born in 'kampung' somewhere in Johore. At that time my mum was about thirty four years old. She was ten years younger than my dad. Just imagine, when they got married, my mom was thirteen years old and my dad was twenty three. My mom said I was born at my grandma's house that not far from our house. My dad gave me my name, inspired by the popular song which sang by his favorite singer.. ... Ho..ho..I 'am not argued about this name .. because I like it....

I got three brothers and four sisters. I am the fourth in my family. My childhood not so bad. I used to played with my brothers and sisters and we enjoyed playing all over 'kampung' with our neighbours. No video games, no skateboarding, no barbie dolls like the children nowadays. We're happy playing hop scotch (ting-ting), 'batu seremban', 'main bola asam' and many more. All the toys were made by ourselves.... how creative we were. We made our own dolls with piece of cardboard, made toys pistol with wood that we found around our house and we loved to climb rambutan's trees and ate it's fruits while clinging on it. It's full of fun and I miss all that moment.

If you want to know more story, wait until the next post.

Tuesday 8 July 2008

Live Must Go On

Live must go on, even not happier than before. I still thinking that mum is still there... in 'kampung', waiting for me to come back. Oh God.. I'm so stupid. Sometime when I am calling back home, I still hoping that mom will pick up the phone and say 'hello' to me.. Oh mum, I miss you so much. I pray and duas for you a lot.
It is a great lost for us here. Every where I go and everything I do, I remember what we did together here. You are happy here, is'nt it mom?? You keep telling people even your back home for a month. I hope you're in rahmah of Allah now ..insyallah..amin

Thursday 3 July 2008

It's hurt

It's very hurt... when you know that some one that you love has gone .. forever. That what I feel now. I'm still hoping that I was dreaming or nightmare. But when I woke up everything was fine. Ahh.. but it's not a dream .. it's TRUE!!! My mom has past away. Oh God .. give me strang to face it. I still need you.. I hope when I am back home... you are there. But Allah know the best.

Thursday 17 January 2008

Kisah 3

Telefon bimbit Hayati berbunyi berkali-kali. Hayati hanya merenung dari jauh tanpa mahu mengangkatnya. Dia masih berbaring di sofa di ruang tamu rumah sewanya di Kampung Paya Dalam. Dia hanya mematikan diri dan cuba memejamkan matanya. Tapi peristiwa siang tadi masih bermain di benak mindanya. Telefon berdering lagi, dia hanya memandang saja. Tidak tergerak di fikirannya untuk mengangkat panggilan tersebut. Fikirannya begitu buntu dan jasadnya bagai dihempap batu besar yang menjadikan tubuhnya gagal berfungsi. Hanya kerlipan kelopak mata saja yang mampu bergerak. Terngaiang-ngiang kata-kata kesat Hisham yang terhambur kepadanya tadi. Kata-kata itu seperti dimainkan berkali-kali dalam kotak memorinya. Dia cuba memejam kan mata lagi, kali ini hanya air jernih mengalir lesu di celah-celah kelopak matanya...lesu.

Sunday 13 January 2008

Hujan


Hujan agak lebat malam itu. Saiful masih merenung jauh di jendela kaca di rumah teres di Lemington Close. Di hadapan rumahnya terdapat sebuah kedai kecil yang masih belum tutup. Walaupun hari sudah gelap, namun jam di dinding masih menunjukkan pukul lima petang. Musim dingin menjadikan siang hari menjadi singkat mana kala malam pula panjang. Dari jendela itu di lihatnya terdapat beberapa orang berbaju hujan masuk dan keluar dari kedai tersebut membeli barangan keperluan. Saiful, masih di situ. Merenung kosong dari jendela rumah sewanya. Kedinginan makin terasa walaupun pemanas di pasang. Dia membetulkan jaket yang dipakainya sambil meninggalkan jendela tadi lalu duduk di meja mula mengetuk papan kekunci komputer ribanya. Dia menekan surat masuk melalui email nya. Terdapat lima surat masuk tertulis di situ. Dia menekan lagi. Tertera di skrin nama pengirim 'Aida'. Dia terus menekan untuk membuka e-surat itu.


"Assallamualaikum,

Tolong, jangan ganggu aku lagi, aku dah bosan. Selamat tinggal"


Saiful menutup terus komputer ribanya lalu bergegas bangun dan mencapai jaket yang tersangkut di balik pintu lalu mencapai kunci kereta yang terletak di atas meja. Dia berlari menuruni tangga lalu menuju ke keretanya dan mula memandu laju. Kereta Proton personanya meluncur laju meninggalkan Lamington Close menuju ke Almond Avenue.